Sukan Hari Ini

FAM Mahu Tarik Minat Semua Kaum

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharapkan lebih ramai anak muda terutamanya daripada masyarakat Cina dapat kembali menyemarakkan senario bola sepak tempatan.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan persepsi yang menganggap bola sepak hanya sekadar sukan semata mata dan bukanlah satu kerjaya yang penting seharusnya dikikis memandangkan kaum Cina memainkan elemen penting dalam usaha memajukan bola sepak di negara ini.

“Ini antara elemen yang saya bincangkan bersama Exco Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) dalam kunjungan hormat saya baru baru ini dan saya rasa persepsi ini harus diubah. Jika tidak dapat diubah 100 peratus, sekurang kurangnya 50 ke 60 peratus,” kata Hamidin ketika ditemui pada Hari Akar Umbi Bolasepak Cina anjuran FAM di Bukit Jalil hari ini.

“Saya mahu tekankan supaya masyarakat Cina dapat lebih aktif dalam bola sepak seperti mana yang ditunjukkan pada era 70an dan 80an. Jadi, FAM akan turun sehingga ke peringkat akar umbi untuk menarik minat masyarakat Cina.

“Ini kerana kita mahu pastikan pembabitan masyarakat Cina seiring dan seimbang dengan kaum lain. Saya harap ahli gabungan beri penekanan kerana kita tidak mahu ada pihak ketinggalan. Ini adalah masa depan kita.”

Majlis terbabit yang berlangsung di sebuah sekolah di Bukit Jalil turut dihadiri pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, jurulatih skuad Bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee dan pemain kebangsaan, Dominic Tan.

Dalam perkembangan lain, kejayaan yang ditunjukkan pemain negara khususnya skuad Bawah 18 tahun negara (B-18) yang layak ke pusingan akhir Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mampu memberi sumber inspirasi kepada semua pihak untuk membantu melonjakkan lagi bola sepak negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Mustahaknya, kita perlu konsisten kerana kita bukan setakat layak pada tahun ini tetapi tahun depan tidak dapat mengulanginya.

“Walaupun skuad B-23 dan B-19 kita gagal ke AFC tetapi saya yakin dua pasukan ini sememangnya kuat dan setaraf dengan pasukan Asia yang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");