Membawang Hari Ini

“Farid Minta Saya Solat Kalau Penat Sangat”

Pernah diserang ‘Anxiety Attack’ iaitu gangguan keresahan melampau pada Ogos lalu, Datin Diana Danielle memberitahu keadannya kini bertambah baik dan lebih tenang.

Diana turut meluahkan rasa syukur, suaminya Datuk Farid Kamil sentiasa memberi sokongan kepadanya serta menasihatinya untuk mendekatkan diri kepada Allah setiap kali dia mula terasa hampir terkena serangan itu kembali.

“Sekarang saya lebih sensitif dengan badan serta minda dan kalau mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tidak okey.

“Saya juga sudah pandai rasa sebelum ia menyerang kembali. Kalau dulu saya selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi senang untuk atasinya sekarang.

“Farid suka nasihatkan saya untuk selalu dekati Tuhan, minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Diana berkata dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang ubat untuk mengatasi penyakit itu sebaliknya mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik.

Terdahulu, Diana berkongsi detik cemas apabila diserang gangguan keresahan. Video tersebut memaparkan Diana menangis teresak esak akibat mengalami masalah sukar bernafas. Akibat gangguan tersebut, mengalami insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");