Membawang Hari Ini

Finas Gesa Kerajaan Gubal Akta Kawal Netflix

KUALA LUMPUR: Satu akta perlu diwujudkan untuk mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan platform digital, terutamanya video atas permintaan (VOD) atau penyedia penstriman video, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis, selain mempunyai rangkaian lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.

“Kalau kita kawal kandungan di platform media tempatan saja, tetapi kandungan (dalam talian) program antarabangsa terbuka kepada sesiapapun, ia akan tetap merisikokan pembangunan minda anak-anak kita.

“Ia akan bertentangan dengan arah tuju Finas dalam menghasilkan kandungan yang mana kita perlu menerapkan nilai kekeluargaan, identiti, budaya dan nilai murni lain,” katanya selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera 2019 di sini, hari ini.

Idham berkata, pihaknya sudah menyuarakan isu itu dalam pertemuan dengan Lembaga Penapisan Filem kerana penggubalan undang-undang berkenaan di luar bidang kuasa Finas.

“Kita buat pelbagai inisiatif untuk menjaga kandungan, tapi jika kita ada platform yang dedah apa saja, yang kita sendiri tak kawal, akhirnya tiada siapa nak tengok kandungan (televisyen) kita kerana banyak sekatan, walhal ada sebab kita tapis.”

Idham berkata, pihaknya merancang memperbanyakkan program dan kempen memberi kesedaran serta mendidik pemain industri tentang kepentingan tanggungjawab bersama memaparkan kandungan yang boleh menjana minda masyarakat.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang melakukan program libat urus dengan masyarakat agar mereka memahami kepentingan mengawal kandungan filem dan program yang disiarkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");