Perak Hari Ini

Harga Tiket Masuk Taman Botani Taiping Mungkin Diperkenal

IPOH- Kerajaan negeri masih lagi dalam perancangan untuk memperkenalkan bayaran bagi tiket masuk ke Taman Botani, Taping pada kadar yang paling minimum.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, pengenalan tersebut adalah untuk menampung kos penyelenggaraan dan operasi ekoran tiada sebarang keuntungan yang diterima.

“Keuntungan yang dianggarkan belum dikenalpasti kerana setakat ini belum dikenakan sebarang bayaran kepada pengunjung tetapi untuk tidak membebankan rakyat harga tiket yang bakal dikenakan kepada pengunjung hanya untuk menampung sebahagian kos operasi dan penyelenggaraan.

“Setakat ini tiada sebarang keputusan untuk mengenakenakan bayaran terhadap tiket masuk tetapi dalam masa terdekat Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan bermesyuarat dan memulakan harga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Leow Thye Yih (DAP- Pokok Assam) dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, setakat ini belum lagi dikenakan sebarang bayaran bagi tiket masuk tetapi akan dikenakan pada kadar minimum di mana bukan semata mata untuk meraih keuntungan yang melampau tetapi untuk menjana keuntungan yang minimum bagi kos penyelengaraan operasi.

“Kerajaan negeri melihat perkara ini sebagai fasa pertama dan apabila memasuki fasa kedua nanti jika peruntukan disalurkan, mungkin harga tersebut akan dapat menampung segala keunikan atau tarikan yang baru,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh hampir dua bulan setelah ianya dibuka kepada orang awam dan para pengunjung tempatan dan luar Negara adalah dianggarkan pengunjung yang telah melawat Taman Botani Perak adalah melebihi 20,000 orang sepanjang tempoh dua bulan dibuka.

“Taman Botani merupakan suatu kawasan yang mempunyai institusi lengkap,tersusun dan saintifik dari segi koleksi tumbuhan, pengurusan, penyelenggaraan dan kewangan serta dibuka kepada orang ramai bagi tujuan penyelidikan, saintifik, konservasi atau pemuliharaan, pendidikan, rekreasi dan pelancongan,” katanya.

Taman botani tersebut menerapkan konsep Muzium Hidup Tumbuhan ditafsirkan sebagai satu arkib mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik tersendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");