Perak Hari Ini

Isu Tuntutan Hak Milik Kekal Tanah Kampung Baru Akan Dikaji – MB Perak

IPOH – Kerajaan Perak bersedia mengkaji semula usul yang menuntut agar pemberian hak milik kekal tanah kampung-kampung baru dapat dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat tertinggi pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak dalam satu mesyuarat yang akan datang.

“Apa yang juga kita mahu lakukan dalam kerajaan Perak, kita akan mendapatkan pandangan semua pihak.

“Tentunya perkara itu mendapat perhatian daripada kepimpinan PH Perak dan kami akan berbincang tentang perkara itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak berkata perbincangan berhubung perkara yang sama juga akan dilakukan ke atas kampung-kampung tradisional yang tempoh pajakkannya hampir tamat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak menegaskan bahawa kerjasama dalam peringkat PH negeri masih lagi utuh dan berjalan lancar.

“Kita ini masih bekerja sebagai satu pasukan. Hari ini dalam mesyuarat-mesyuarat bersama rakan-rakan Exco masih berjalan baik. Kita terus menumpukan perhatian untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Walau bagaimanapun, kita masih lagi menerima pandangan daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dilaporkan dalam Konvensyen DAP Perak kelmarin, Pengerusinya, Nga Kor Ming mendesak agar PH Perak dapat menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-41 (PRU14) berkenaan pemberian hak milik kekal tanah kampung-kampung baru bermula hujung tahun ini.

Pada 13 Ogos 2018, Ahmad Faizal ketika dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelaskan kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, hasil semakan dengan pihak Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau ‘leasehold’ bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");