Membawang Hari Ini
Like

Jangan Tiru Aksi Nabila Huda: PU Syed

November 1, 2019
392 Views
0 Comments
2 minutes read
Jangan Tiru Aksi Nabila Huda: PU Syed

Sebelum ini kecoh di media sosial, aktres serba boleh, Nabila Huda berkongsi foto bersama seekor serigala dalam baka Husky Siberia ketika sedang bercuti di New Zealand mencuri perhatian warganet termasuk pencetus ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Meskipun perkara tersebut telah dimaklumkan Nabila Huda telah samak namun tindakan memuat naik foto sedemikian di media sosial boleh mendatangkan fitnah pada agama.

“Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dalam kalangan mereka.

“Dari adegan sentuh-menyentuh, peluk-memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.

“Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ia boleh mendatangkan fitnah pada agama,” tulisnya di Instgram miliknya.

Lebih mesra dipanggil Syed, beliau turut menjelaskan hukum hakam menyentuh anjing menurut Mahzab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing adalah dikira sebagai najis.

“Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar.

“Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau: Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain.

“Abu Hurairah berkata perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata, wahai Rasulullah, Maha Suci ALLAH, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda, ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata, di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab, sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad),” tulisnya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.