Panasnya Hari Ini

Jika Saya Berhutang, Saya Akan Bayar – Azmin

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau masih belum menerima sebarang surat saman daripada sebuah agensi pelancongan berkenaan dakwaan gagal menjelaskan bil pelancongan sebanyak RM300,000.

Mengulas berkenaan isu tunggakan bil perjalanan yang didakwa atas tujuan peribadi, Mohamed Azmin menjelaskan pegawainya kini mengenal pasti kesahihan tuntutan writ saman difailkan agensi pelancongan itu.

“Saya belum lihat writ saman itu, saya sudah minta pegawai untuk semak tuntutan agensi pelancongan berkenaan, jika ada baki tunggangan, saya akan bayarlah, tapi biarlah semakan dibuat.

“Hutang kena bayar dan saya akan bayar, tapi biarlah semak dulu,” katanya ketika didesak media mengenai kesahihan tuntutan berkenaan, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2019, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut MalaysiaGazette ketika ditanya bagaimana isu hutang tersebut boleh timbul, Mohamed Azmin menjawab; “Saya tidak tahu. Tanyalah mereka.”

Semalam, MalaysiaGazette yang memetik Sarawak Report melaporkan, Timbalan Presiden PKR itu mungkin akan dihadapkan di mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang sebanyak RM300,000 kepada sebuah agensi pelancongan.

Semalam, Sarawak Report yang memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Ahli Parlimen Gombak itu dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");