Membawang Hari Ini

Kawan Baik Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Kediamannya

Belum lagi reda kesedihan mengiringi kematian Sulli, hari ini industri hiburan K-Pop dikejutkan dengan kematian rakan baiknya pula iaitu bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara yang ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong awal pagi tadi.

Media Korea melaporkan menurut pihak polis Gangnam,  pelakon dan penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat punca kematian mendiang bintang K-Pop itu.

Difahamkan enam bulan lalu, Goo Hara ditemui tidak sedar diri oleh pengurusnya dalam rumahnya selepas cuba untuk membunuh diri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");