Sukan Hari Ini

Kedah Cari Pemain Import Baharu Untuk Musim Depan

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Super, Kedah, akan mencari dua pemain import baharu untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2020 selepas pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak penyerang import dari Argentina, Jonathan Jesus Bauman dan penyerang dari Sepanyol, Fernando Rodriguez.

Menurut Bernama, Jonathan berkata beliau gembira menjadi sebahagian daripada skuad Lang Merah, musim ini yang menyaksikan pasukan itu menjulang Piala FA, selain menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super, dan mara ke final Piala Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Kedah untuk musim yang hebat ini, mengikuti kami di mana-mana dan terus menyokong pasukan. Ia juga merupakan satu pengalaman yang menakjubkan di Malaysia,” katanya dipetik dalam video pendek yang disiarkan oleh KFA dalam laman Facebook mereka.

Terdahulu, Jonathan dan Rodriguez diraikan dalam majlis makan malam istimewa oleh pengurusan KFA di Menara Alor Setar.

Sebelum ini, Rodriguez telah memutuskan untuk meninggalkan Kedah selepas hanya bermain selama satu musim dan dipercayai mendapat tawaran yang lebih baik daripada pasukan Sepanyol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");