Berita Hari Ini

Kementerian Pertahanan Belum Dimaklumkan Penemuan Isu ‘Land Swap’ – Mohamad

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan masih belum dimaklumkan mengenai sebarang penemuan atau hasil siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkaitan projek land swap.

Menterinya, Mohamad Sabu bagaimanapun menegaskan pihaknya telah mengemukakan laporan siasatan bagi dua daripada 16 projek land swap kepada pihak SPRM pada 21 Februari lepas.

Mohamad Sabu menjelaskan, laporan siasatan bagi baki 14 projek land swap pula telah dikemukakan pada 16 Mei lepas untuk siasatan lanjut pihak SPRM.

“Untuk status terkini land swap, pihak Kementerian Pertahanan telah membentangkan Kertas Jemaah Menteri pada 18 September 2019 untuk mendapatkan kelulusan berhubung hala tuju projek di Hutan Melintang.

“Di samping itu, pemakluman kepada Jemaah Menteri turut dilaksanakan pada 18 Oktober melibatkan tujuh projek  yang lain bertujuan untuk mendapatkan hala tuju projek-projek tersebut,” katanya.

Mohamad menjawab soalan pertama sesi Waktu Pentanyaan-Pertanyaan Menteri yang dibangkitkan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang turut ingin tahu status 16 projek land swap yang melibatkan 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.7 bilion

Ahmad Fahmi juga ingin tahu tindakan kerajaan terhadap semua pihak yang terlibat dengan pembelian enam helikopter McDonnell Douglas yang masih tidak diterima sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menjalankan siasatan mendalam berhubung kes itu dan akan menelitinya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan, kerajaan sedang berunding semula untuk meneruskan projek berkenaan’.

Ujarnya, ia usaha mendapatkan semula kerugian berjumlah kira-kira RM500 juta yang hilang seperti dilaporkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamad menjelaskan hala tuju perolehan enam buah helikopter McDonnel Douglas (MD530G) akan dibentangkan untuk pertimbangan Kerajaan dalam masa terdekat.

Jelasnya, sebarang tindakan terhadap syarikat dan mereka yang berkaitan akan diambil sewajarnya selepas keputusan terhadap hala tuju perolehan itu dibuat lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");