Berita Hari Ini

Kerajaan Akan Perkenal #Malaysiakerja – Guan Eng

PONTIAN: Kerajaan akan memperkenalkan skim mencari pekerjaan #Malaysiakerja bagi mewujudkan kira-kira 350,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata inisiatif itu bagi membolehkan penganggur di negara ini mendapat peluang pekerjaan lebih luas.

“Antara program kerajaan nak buat ialah untuk berikan peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi program #Malaysiakerja yang kita akan lancarkan nanti.

“Skim ini akan mewujudkan kira-kira 350,000 peluang pekerjaan untuk golongan menganggur.

“Akan ada insentif untuk pekerja malah buat kali pertama, insentif turut diberikan kepada majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji munasabah,” katanya pada program ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pusat Perdagangan Pontian di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya dan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan PH akan terus memastikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikotakan memetik BHarian.

“Kami tak pernah cakap tidak akan menunaikan janji yang diberikan. Kita akan tunaikan janji, tapi dalam keadaan yang agak tidak menentu sekarang bukannya mudah.

“Masalah ini diwarisi dari kerajaan lama dan berilah peluang kepada kami berusaha dalam tempoh lima tahun ini bagi memastikan semua janji dikotakan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun terdapat janji yang belum dilaksanakan kerajaan sejak diberi mandat pada Mei 2018, banyak pembaharuan dilaksanakan dalam tempoh hampir 18 bulan lalu.

“Janganlah lupa kita hanya kerajaan berusia 18 bulan dan berilah masa untuk kami menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");