Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Ambil Tindakan Tangani Wabak Chikugunya

IPOH- Kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan berikutan penularan wabak Chikugunya di beberapa kawasan di daerah Batang Padang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, satu mesyuarat kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan diadakan bagi membincangkan langkah mengatasi wabak yang melanda tersebut.

“Kita akan mendapatkan laporan sepenuhnya daripada Exco kesihatan dan juga laporan daripada jabatan berkaitan dan kita akan mengambil langkah susulan daripada laporan yang diterima.

“Sudah tentunya kita akan memastikan keselamatan rakyat itu diutamakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Perayaan 100 Tahun Kelab Polo Iskandar, di Kelab Polo Iskandar di sini, hari ini.

Menurut satu laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak di bawah Unit Kawalan dan Pencegahan Penyakit Bawaan Vektor Daerah Batang Padang, wabak Chikugunya diisytiharkan melanda dearah berkenaan.

Antara yang terlibat, Kampung Baru Air Kuning di mukim Chenderiang yang mana menjadi kawasan panas bagi wabak terbabit dan diikuti kawasan Pekan Bidor di mukim Bidor yang berada dalam status wabak tak terkawal.

Sementara itu, tiga lagi kawasan di Taman Tapah, Taman Tapah Baru dan Kampung Baru Kampung Pahang di mukim Batang Padang serta Taman Daya di mukim Bidor pula berada dalam status wabak terkawal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");