Perak Hari Ini

Kes Rogol Exco: Permohonan Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi Ditetapkan

IPOH- Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan pihak pembelaan untuk membuat permohonan memindahkan kes rogol melibatkan Exco negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan, hari ini merupakan penetapan tarikh bicara permohonan untuk mendengar permohonan tersebut tetapi atas permohonan kes ditangguhkan.

“Sepatutnya dijadualkan didengar pada hari ini tetapi atas permohonan untuk kes ditangguhkan di mana penangguhan tersebut bagi memberi laluan kepada Mesyuarat Sidang Dun Perak.

“Tarikh bicara permohonan memindahkan kes telah ditetapkan pada 26 November,” katanya ketika ditemui pemberita di luar galeri Mahkamah Tinggi hari ini.

Tambah Ainul, Efidevit sokongan turut diberikan oleh pihak responden pada 15 November yang lalu.

“Pihak kami akan memberi maklumbalas dan menfailkan efidevit tersebut sebagai jawapan pada esok,”katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Radzi Harun menetapkan 26 November 2019, jam 9 pagi selepas pihak pembelaan diwakili peguam, Farhan Sapian membuat permohonan penangguhan.

Sementara itu menurut Farhan Sapian, pada tarikh yang sama akan diadakan perbicaraan di antara pihak pembelaan dengan pihak pendakwaan.

Permohonan di buat di bawah seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong didakwa merogol pembantu rumahnya yang berusia 23 tahun, antara 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu, di sebuah bilik di tingkat atas di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");