Membawang Hari Ini

Khai Bukan ‘Sweet’ Dengan Saya Sahaja – Nana

KUALA LUMPUR: Selepas single dan drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, memaklumkan belum ada projek lain akan kembali menggandingkan dirinya dengan Khai Bahar.

Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu bagaimanapun berkata, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Khai jika ada permintaan untuknya berbuat demikian.

“Setakat ini, memang belum ada perancangan lain yang memerlukan kami bekerjasama. Jika ada permintaan untuk saya berduet atau berlakon dengannya lagi, saya tiada masalah untuk menjayakannya.

“Cuma, selepas ini kami difahamkan akan sama-sama terbabit dengan penggambaran telefilem, Satukan Rasa, untuk edisi raya,” kata penyanyi yang mesra disapa Nana itu ketika ditemui pada majlis anjuran penaja bersama ABPBH 32, DuitNow, di sini.

Ujar Nana, selagi peminat tidak bosan dengan kerjasama mereka, pasti akan ada lagi projek membabitkan kedua-duanya pada masa akan datang memetik BHarian.

“Kami juga sudah boleh dikatakan serasi, sejak tiga tahun lalu. Pada masa sama, bimbang juga kalau ada yang sudah muak dengan gandingan saya bersama Khai.

“Bagaimanapun, sehingga kini peminat nampaknya menyukai kerjasama atau gandingan kami berdua,” kata penyanyi Terus Mencintai itu.

Ditanya mengenai sikap Khai yang dilihat begitu baik dengannya, Nana berkata, penyanyi Luluh itu juga bersikap sedemikian dengan orang lain juga.

“Dia ‘sweet’ bukan dengan saya sahaja, malah bersama orang lain juga. Dia pula memang lelaki yang budiman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");