Sukan Hari Ini

Kim Swee Mahu Luqman Segera Sesuaikan Diri

DATUK Ong Kim Swee mahu penyerang muda berusia 17 tahun, Luqman Hakim Shamsudin segera menyesuaikan diri dan tampil lebih tajam seperti mana yang dilakukannya ketika bersama skuad bawah 18 (B-18) tahun negara sebelum ini.

Permintaan pengendali skuad B-22 itu susulan aksi longlai yang diperagakan Luqman ketika terikat 1-1 dengan Myanmar dalam aksi pertama Kumpulan A Sukan Sea di Stadium Memorial Rizal semalam.

Justeru, Kim Swee berharap pemain yang tersenarai antara 60 penyerang muda terbaik dunia (dikeluarkan oleh The Guardian-media antarabangsa yang berpangkalan di Britain) itu dapat memperbaiki prestasinya untuk tiga aksi berikutnya selepas ini.

“Luqman boleh dikatakan masih lagi berada dalam tahap memuaskan tapi belum lagi pada tahap yang cukup memuaskan,” kata Kim Swee ketika ditemui di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurutnya lagi, Luqman dan seorang lagi pemain sayap berusia 17 tahun, Umar Hakeem Suhar Rezwan yang diturunkan dalam kesebelasan utama harus mencari segera keserasian dengan pemain senior yang lain.

“Dia (Luqman) perlu diberi masa termasuk Umar. Jadi dua pemain ini perlu menunjukkan persefahaman yang baik itu yang lebih penting.

“Daripada apa yang saya inginkan di mana kesemua pemain baik dari senior B-22 dan pemain muda kena bergabung dan mempunyai kombinasi lebih baik untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai tahap kecederaan Akhyar Rashid yang dikeluarkan pada babak kedua menentang Myanmar, beliau mengesahkan tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya mengalami kekejangan otot dan sempat untuk pulih sebelum menentang Filipina Jumaat ini.

“Akhyar bukan mengalami kecederaan tapi hanya kekejangan otot.

“Kita tahu padang sintetik tidak begitu mudah apabila bermain, walaupun kita cergas dengan larian-larian yang dilakukan Akhyar sudah tentu akan membebankannya daripada segi kecergasan dan ia bukan kecederaan yang serius.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");