Berita Hari Ini

KKM Janji Akan Selesai Isu Doktor Kontrak

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini memberi jaminan kerajaan akan berusaha menangani sistem kontrak untuk doktor di hospital kerajaan, selepas laporan mengatakan gaji pegawai perubatan itu kurang berbanding doktor jawatan tetap walaupun menjalankan tugas yang sama.

Dalam kiriman Twitter, beliau berkata jawatan kontrak yang juga dikenali sebagai pegawai perubatan, adalah isu kompleks.

Beliau juga berkata beliau akan bekerjasama dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mencari penyelesaian yang adil.

Semalam, kumpulan perubatan tidak berasaskan keuntungan, Malaysian Medics International (MMI) menyeru untuk kajian semula sistem kontrak untuk doktor di hospital awam, mengatakan kakitangan kontrak melakukan pekerjaan yang sama dengan bayaran yang kurang.

Jawatan kontrak pertama kali diperkenalkan pada 2016.

Pengerusi MMI Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam berkata pegawai perubatan kontrak diletakkan di bawah gred gaji UD41 dan memperoleh RM3,100 sementara doktor yang diserap sebagai kakitangan tetap memperoleh RM3,700 sebulan di bawah gred UD44. Elaun juga lebih tinggi untuk kakitangan tetap.

Dalam tweetnya, Dzulkefly berkata penyelesaian jangka pendek adalah memberikan gred UD43, bukannya UD41 kepada pegawai perubatan kontrak.

“Seterusnya, kerajaan Pakatan Harapan perlu merancang dengan baik dan mengambil langkah dan keputusan yang tegas untuk menghasilkan graduan dan doktor berkualiti tinggi bagi memenuhi cabaran dan keperluan kesihatan negara.

“Beberapa polisi lama perlu ditukar,” katanya, sambil menambah moratorium 2012 berkaitan latihan siswazah akan dikaji semula lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");