Sukan Hari Ini

Kuzain Terlepas Pergi Filipina

KUALA LUMPUR: Messi Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terlepas ‘tiket’ ke Sukan SEA 2019 apabila namanya tiada dalam senarai 20 pemain ke temasya di Filipina itu.

Menurut BH Online, perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan terbabit, FAM menjelaskan pemain tengah Sporting Kansas City itu tidak dapat disenaraikan berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Dalam perkembangan sama, tujuh daripada 20 pemain yang disenaraikan adalah daripada skuad yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017.

Daripada tujuh pemain itu, dua daripadanya iaitu Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria bakal mengisi kuota pemain berusia lebih 22 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");