Berita Hari Ini

Laksana Projek Dengan Teliti – Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan setiap projek dilaksanakan dengan teliti melalui proses pembidaan dan pemerolehan yang betul.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ini untuk memastikan projek dilaksanakan individu yang betul dan tepat untuk kualiti yang ditetapkan, pada harga yang dipersetujui dan disiapkan tepat pada masanya.

“Kami percaya tadbir urus yang berkesan dalam sektor awam menggalakkan penggunaan sumber yang cekap dan penyampaian perkhidmatan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Perhimpunan Pertubuhan Audit Negara Asia Tenggara (ASEANSAI) Ke-5 di sini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dr Wan Azizah menegaskan kerajaan mahukan belanjawan dan dana negara bebas daripada aktiviti atau projek yang tidak cekap, tidak berkesan dan penuh dengan ketirisan.

“Ia sebaliknya disalurkan kepada program, aktiviti atau projek yang bermanfaat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");