Perak Hari Ini

‘MB Perak Jangan Layan Tuntutan DAP Berkenaan Isu Hak Milik Kekal Kampung Baru’

IPOH: Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa agar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk tidak melayan tuntutan DAP negeri yang mahu pemberian hak milik kekal tanah kampung baru dilakukan segera.

Presiden Persatuan Budak Bus Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud berkata keputusan Menteri Besar yang sebelum ini tidak melaksanakan perkara tersebut adalah tepat.

“Kami merasakan isu tanah kampung baru 999 tahun ini telah lama ditutup dan keputusan Menteri Besar sebelum ini tepat dan tidak perlu beliau melayan kerenah DAP ini.

“Kami selaku NGO yang prihatin untuk membela mana yang betul dan menyanggah yang mungkar akan tetap menyokong Menteri Besar atas isu ini serta isu-isu yang melibatkan soal agama dan bangsa,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Amiruddin turut mendesak agar Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming untuk berhenti daripada terus membangkitkan isu yang disifatkan sebagai sudah lapuk.

“Kami mahu agar Nga Kor Ming berhenti mendesak atas isu ini kerana banyak hal lain lagi yang berfaedah untuk didahulukan demi perpaduan, ekonomi dan sosial negeri,” ujarnya.

Ketika ditanya tindakan selanjutnya, beliau berkata pihaknya sedang merancang untuk mengadakan satu memorandum bantahan terhadap perkara ini yang ianya akan diserahkan kepada Menteri Besar.

Tambahnya, pihak beliau juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa NGO lain bagi membawa hal ini ke mahkamah sekiranya ia tetap dilaksanakan.

Baru-baru ini, Kor Ming ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak telah mendesak agar Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji Pilihanray Umum Ke-14 berkenaan pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.

Ahmad Faizal dalam repons berasinganya berkata pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan daripada semua pihak berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Amiruddin mengusulkan kepada kerajaan negeri agar mengkaji semula serta mengurangkan kelulusan lesen-lesen hiburan dan premis arak di negeri ini.

Kebimbangan itu disuarakan ekoran kejadian-kejadian kemalangan sehingga meragut nyawa seperti yang dilaporkan di media massa yang berpunca daripada pemandu kenderaan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");