Perak Hari Ini

MBI Naib Johan Liga Hoki Perak TNB -Quest-MBI Perak 2019

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dinobatkan sebagai Naib Johan Liga Hoki Perak TNB-Quest-MBI Perak 2019 selepas tewas kepada pasukan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan jaringan 0-1 pada perlawanan akhir malam tadi.

Pasukan bimbingan Azahari Effendy Abd Rahim iaitu selaku Pengurus Pasukan sekali lagi mendapat tempat kedua sama seperti edisi tahun lalu.

Pasukan MBI berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 serta medal.

Sementara itu, pada 7 September lalu, pasukan Hoki 7 Sebelah MBI juga telah menjuarai Kejohanan Hoki Sukan Malaysia Association of Local Authorities (MALA) setelah menewaskan Pasukan Hoki Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.

Selain itu, antara pencapaian lain pasukan Hoki MBI adalah mendapat tempat kedua dalam pertadingan Hoki Terbuka Selangor 2019 dan tempat ketiga 6A-Side Pengkalan Hulu International Hockey Tournament 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");