Perak Hari Ini

Mohon Dana RM1.6 Juta Bina Semula Kediaman Anak Yatim

CHEMOR- Yayasan Amanah An-Nur Maisarah dengan rendah hati memohon pelbagai pihak untuk membantu meringankan beban mereka bagi membina semua kediaman kepada anak-anak yang tinggal di situ.

Pemegang Amanah Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata pihak yayasan terpaksa akur dengan permintaan pemilik tanah atau waris tersebut dimana mereka mahu mengambil semula kediaman berkenaan dan membina satu kediaman baru.

“Walaupun tempat ini mempunyai nilai sentimental buat saya, tetapi terpaksa akur dengan permintaan waris kerana ini adalah hak mereka.

“Kebetulan pula pada ketika itu, ada hamba Allah dari Kampung Mendailing ini telah mewakafkan tanah sebanyak dua ekar untuk dijadikan tempat baru.

“Jadi sesuai sangatlah untuk kami pindah ke tempat baru dan membina semula kemudahan baru yang lebih baik dan lebih selesa dari segi naiktaraf,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Katanya, anggaran pembinaan tempat baru disamping bagi meningkatkan kualiti penghuni yayasan, nilai yang diperlukan adalah sebanyak RM1.6 Juta di mana fokus yang menjadi keutamaan yayasan adalah dari segi pendidikan.



Sementara itu kata Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Perak (DPMP), Datuk Zahar Hashim, pihak DPMP turut terpanggil untuk membantu yayasan tersebut membina semula kediaman baru yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman lama.

“Dana bagi pembinaan kediaman baru tersebut dinyatakan sebanyak RM1.6 Juta yang terdiri daripada kediaman, pejabat, dewan makan dan yang terpenting adalah tempat untuk belajar di mana semua aktiviti akan dijalankan.

“Tujuan utama dan fokus DPMP adalah dari segi pendidikan dan ekonomi terutamanya kepada anak-anak di yayasan ini.

“Malahan, saya juga membayangkan akan ada kegiatan ekonomi di mana pada masa yang sama dapat menjana pendapatan kepada pihak yayasan tanpa perlu memohon bantuan lain pada masa akan datang,” katanya.

Namun begitu katanya, setiap sumbangan dana yang disalurkan oleh mana-mana pihak yang ingin menderma akan mendapat pelepasan cukai.

Menurut beliau, anggaran untuk menyiapkan kediaman baru akan mengambil masa setahun hingga ke setahun setengah ke depan di mana kerja-kerja pembersihan telah dimulakan sejak empat bulan yang lalu.

Menurut pihak yayasan, sebelum kediaman baru tersebut akan dibina, pihak yayasan telah menyewa tapak lama dengan nilai RM450 sebulan tetapi jumlah tersebut telah dimasukkan ke tabung wakaf oleh pemilik tanah kepada individu lain.

Dalam pada itu kata seorang Pemegang Amanah Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Dr Fazillah Nordin, pihak yayasan tidak menerima sebarang dana tetap dari pihak kerajaan negeri malahan tidak juga bergantung kepada mereka.

“Yayasan Amahan ini berada di bawa Akta pusat kebajikan, dimana mendapat geran tahunan iaitu RM10,000 setahun khususnya kepada anak di dalam asrama sahaja.

“Jika ditanya mengenai dana yang diterima sebelum ini atau sumbangan kepada anak-anak di sini adalah sumbangan bersama dari masyrakat,” katanya.

Pihak yayasan amat mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat dan orang ramai. Justeru jika ada sebarang sumbangan atau cadangan yang ingin disampaikan boleh terus menghubungi Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di talian 05-2014423.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");