Berita Hari Ini
Like

Muhyiddin Akui Penjawat Awam Belum Biasa Dengan PH

November 9, 2019
214 Views
0 Comments
1 minute read
Muhyiddin Akui Penjawat Awam Belum Biasa Dengan PH

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa penjawat awam belum biasa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata Muhyiddin, selepas 61 tahun pemerintahan BN, penjawat awam telah terbiasa dengan cara tertentu dalam melaksanakan tugas.

Justeru, katanya, ia memerlukan masa.

“Satu setengah tahun ini, masih terlalu awal untuk warm up, memahami (dasar PH), biasa dengan sistem, dan lain-lain,” kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Pontian, Johor hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai respons kepada laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata bahawa masih ada penentangan dalam kalangan penjawat awam terhadap PH.

Ini kerana sesetengah orang masih tidak yakin bahawa kerajaan PH akan bertahan melebihi satu penggal.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penjawat awam bagimapaun perlu memberi kerjasama dengan kerajaan semasa kerana tugas mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada daulah terpendam (deep state) mempunyai kaitan hubungan antara negeri yang dalam dengan penangkapan 12 individu termasuk dua Adun DAP yang didakwa mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan tanggapan itu dan berkata beliau telah menjelaskan situasi sebenar kepada DAP.

Komen & Pendapat

Comments are closed.