Membawang Hari Ini

“Pakai Kopiah Tapi Kesian Tak Ada Adab, Angkuh”

Hidup dalam berjiran sikap bertolak ansur sangat penting, mana tahu suatu hari nanti kita memerlukan bantuan antara satu sama lain. Tapi, memang sakit hati jika dapat jiran yang mementingkan diri.

Baru-baru ini menerusi Insta Stroy, pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa berang dengan sikap jirannya yang angkuh dan mementingkan diri. Dalam entri tersebut, Tiz berkata sebuah kereta milik jirannya diletakkan di hadapan rumahnya.

Menurut Tiz, dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya dan proses untuk memindahkan barang agak sukar apabila kereta jiran berkenaan menghalang laluan mereka.

Lebih menyakitkan hati apabila bapa Tiz menegur jiran tersebut, individu berkenaan membalas pertanyaannya dengan angkuh sekali. Tiz turut mengatakan, jirannya itu seorang ‘kaki masjid’ tetapi berperangai sedemikian.

Macam-macam hal orang zaman sekarang. Apa pun diharap kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi jika hidup berjiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");