Berita Hari Ini

PDRM Dapatkan Kepakaran Amerika Dalam Siasatan Video Seks

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan kepakaran Amerika Syarikat dalam siasatan berhubung video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pasukannya telah pergi ke Amerika Syarikat dan menyerahkan rakaman video berkenaan baru-baru ini.

“Pasukan siasatan saya telah ke sana (Amerika Syarikat) dan telah pulang. Laporan analisis berhubung ketulenan video dan pengecaman wajah itu dijangka diberi kepada PDRM dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini, lapor Bernama.

“Sebelum hujung tahun ini kami akan memperoleh laporan berkenaan, saya sangat pasti,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");