Perak Hari Ini

Pekerja Maut, Syarikat Sawit Di Denda RM40 Ribu

TELUK INTAN: Sebuah syarikat kilang sawit telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan di atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan pekerja maut.

Mengikut fakta kes, ST Palm Oil Mill Sdn Bhd sebagai majikan telah menyebabkan berlaku kemalangan pada 11 April 2019 lebih kurang jam 5.30 petang terhadap seorang pekerjanya iaitu Md Delowar Peda, warganegara Bangladesh berumur 41 tahun.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan seorang pekerja bahagian maintenance sedang membantu operator-operator fibre plant untuk mengorek fibre yang tersumbat pada bahagian chute.

Semasa mangsa sedang mengorek fibre yang tersumbat, seorang operator lain telah menghidupkan short fibre conveyor tersebut sehingga menyebabkan kaki kanan dan kiri mangsa tersepit didalamnya.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 1 Mei 2019 di Hospital Teluk Intan sejurus mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

ST Palm Oil Mill Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani dan telah dijatuhkan hukuman denda RM40,000 atau 2 bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKKP Perak, Mudzaffar Anwar Hussin manakala pertuduhan dijalankan di bawah Seksyen 15, Akta Kilang dan Jentera 1967 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");