Berita Hari Ini

Pemandu Terlelap, 2 Rakan Maut

KUANTAN: Perjalanan tiga sahabat ke ibu negara, berakhir tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabit nahas di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Lipis, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, Perodua Viva dinaiki tiga lelaki itu merempuh bahagian belakang lori yang dikatakan berhenti di laluan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32 tahun.

“Kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan yang memandi kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke ibu negara.

“Pemandu kereta berkenaan, Nukman Salleh, 39, dipercayai terlelap sebelum merempuh bahagian belakang lori membawa muatan pakaian terpakai yang berada di lorong kecemasan.

“Akibat rempuhan itu, Mohd Shaiful yang berada di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang duduk di tempat duduk belakang disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala dan badan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Azli berkata, pemandu dan kelindan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu (Nukman) serta seorang lagi penumpang Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian,” katanya.

Azli berkata, siasatan awal juga mendapati permukaan jalan basah berikutan selepas hujan dan keadaan berkabus di lokasi kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");