Panasnya Hari Ini

Pembangkang Akan Tolak RUU IPCMC, Kata Ismail Sabri

Pembangkang sebulat suara akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri berkata, BN, PAS dan GPS tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan IPCMC.

“Walaupun sesi town hall telah dijalankan oleh jawatankuasa khas untuk mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan orang awam, namun ia hanya kosmetik dan lakonan semata-mata,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini adalah kerana semua cadangan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk wakil polis tidak diambil kira atau dimasukkan ke dalam cadangan daripada jawatankuasa itu.

Ismail Sabri juga mendakwa terdapat pakar undang-undang yang berpendapat IPCMC bercanggah dengan perlembagaan, tetapi pandangan itu tidak dimasukkan dalam laporan akhir jawatankuasa itu.

Pembangkang, katanya, percaya bahawa hak dan kebajikan polis mesti dilindungi.

“Blok pembangkang berpendapat bahawa pasukan polis yang berjumlah hampir 150,000 telah menyumbang dan berkorban untuk rakyat dan negara dan mereka perlu disokong, bukan ditindas oleh undang-undang.

“Kita berjanji untuk terus mempertahankan hak dan kebajikan polis.

“Oleh itu, kita dari blok pembangkang akan menolak usul yang akan dibangkitkan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kumpulan lain turut menggesa kerajaan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan RUU IPCMC minggu depan, seperti Persatuan Pegawai Polis Kanan dan Amnesty International.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata laporan mengenai RUU IPCMC itu telah diberikan kepada semua ahli parlimen pada pagi semalam lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");