Panasnya Hari Ini
Like

‘Pemimpin PH Berserta Isteri Tidak Bermewah Dengan Harta Rakyat’

November 15, 2019
298 Views
0 Comments
1 minute read
‘Pemimpin PH Berserta Isteri Tidak Bermewah Dengan Harta Rakyat’

Beberapa jam sebelum tirai kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor, berlabuh, Dr Mahathir Mohamad mengutus surat kepada pengundi, merayu mereka menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini.

Dan perdana menteri tidak dapat mengelakkan diorinya daripada membidas bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Mahathir membidas mereka apabila menyentuh mengenai usaha yang dijalankan oleh kerajaan PH untuk memulihkan keadaan ekonomi negara dan mengurangkan jurang pendapatan dengan melaksanakan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Perancangan-perancangan ini mengambil sedikit masa tetapi rakyat akan mula merasai nikmat tidak lama lagi.

“Saya percaya jika rakyat menilai dengan baik, sudah pasti mereka akan menilai dan merasai nikmat-nikmat yang datang walaupun secara beransur-ansur.

“Selain itu, mereka juga pasti dapat melihat betapa pemimpin-pemimpin dari parti kerajaan sekarang berserta isteri mereka tidak bermewah-mewah dengan harta rakyat,” katanya.

Serbuan polis ke atas kediaman yang dikaitkan dengan Najib sebulan selepas pilihan raya umum pada 9 Mei 2018 menyaksikan rampasan wang tunai dari pelbagai negara, 2,200 cincin, 1,400 kalung, 567 beg tangan berjenama dan jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion .

Perdana menteri keenam itu sedang berdepan perbicaraan berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Isterinya pula berdepan 19 tuduhan pengubahan wang haram dan tuduhan rasuah.

Komen & Pendapat

Comments are closed.