Perak Hari Ini

Penerbangan Sulung Ipoh-Guangzhou Oleh Scanda Sky

IPOH: Penerbangan sulung secara terus dari Ipoh ke Guangzhou, China telah dimulakan tepat jam 11 malam tadi oleh sebuah syarikat penerbangan swasta, Scanda Sky di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) dekat sini.

Penerbangan sulung luar daripada rantau Asia Tenggara itu membawa 40 penumpang yang terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri, pemain industri pelancongan, ahli perniagaan serta delegasi lain.


Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing yang mewakili Menteri Besar Perak mengucapkan penghargaan kepada Scanda Sky kerana berjaya merealisasikan penerbangan yang sekian lama telah dirancang itu.

“Ini merupakan penerbangan pertama dari Ipoh ke destinasi yang melebihi masa penerbangan dua jam.


“Kita memang menyasarkan pasaran China supaya para pelancong dapat melawat ke Perak dan seterusnya dapat membawa pelaburan dari negara itu terus ke Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penerbangan sulung Ipoh-Guangzhou di LTSAS di sini malam tadi.

Selain itu, ujar Kar Hing setakat ini penerbangan Ipoh-Guangzhou hanya mempunyai dua penerbangan yang akan dibuat dalam masa seminggu, iaitu pada Rabu dan Sabtu ke Guangzhou manakala penerbangan ke Ipoh pula pada Khamis dan Ahad.


Justeru pada masa akan datang, beliau berharap syarikat penerbangan tersebut dapat menambah jumlah kekerapan penerbangan serta menambah bilangan destinasi baharu di sekitar negara serantau.


Pada masa sama, menurut Pengerusi Eksekutif Scanda Sky, Tengku Faizwa Tengku Razif buat masa ini katanya kapasiti penumpang daripada Ipoh boleh mencapai 90 orang manakala kapasiti penumpang dari China pula boleh mencecah sehingga 120 orang.

Jelasnya lagi, sambutan terhadap penerbangan tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga Guangzhou.


“Kita juga ada bekerjasama dengan agensi pelancongan dan pihak kerajaan di Guangzhou. Hasil promosi yang kita jalankan, ramai pihak yang menunjjukan minat untuk ke Ipoh dan kebanyakkan mereka terdiri daripada ahli-ahli perniagaan.


“Dalam seminggu, kita menjangkakan sekitar 40 ke 50 orang ahli-ahli perniagaan di Guangzhou akan datang ke Ipoh sama ada melibatkan urusan pelancongan mahupun perniagaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");