Perak Hari Ini

Penganjuran Hari Tanpa Kereta MBI Terima Anugerah Platinum MyPLace Award 2019

IPOH: Program Hari Tanpa Kereta di Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya merangkul Anugerah Platinum “MyPLace Award 2019” dalam Kategori Jalanraya (Penggunaan Untuk Upacara), baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, pengumuman dan penyampaian anugerah tersebut dibuat semasa acara Makan Malam MyPLace Award 2019 yang diadakan sebagai memberi pengiktirafan atas komitmen yang cemerlang atas usaha penyediaan ruang yang baik kepada awam.

“Program Hari Tanpa Kereta Ipoh diadakan di Jalan Raja DiHilir. Jalan tersebut merupakan salah satu jalan raya yang sibuk di Ipoh. Program tersebut diadakan pada setiap pagi Ahad minggu keempat, pada setiap bulan.

“Ianya dianjurkan dengan dengan pelbagai tema yang dipilih oleh MBI dan penganjur bersama,” katanya.

Jelasnya, objektif utama program itu adalah bagi menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati jalan yang ditutup kepada kenderaan bermotor sebagai ruangan awam dengan pelbagai aktiviti, dalam tempoh beberapa jam.

“Program-program yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar yang hijau dan rendah karbon, amalan gaya hidup cergas dan aktif, memahami seni dan kebudayaan Malaysia, memperolehi kemahiran asas untuk keselamatan dan pertahanan diri serta memupuk semangat prihatin kepada golongan warga emas dan kelainan upaya.

“Ianya juga merupakan tempat untuk mengeratkan persahabatan dan memperkukuhkan interaksi sosial bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bertimbang rasa serta menggalakkan perkongsian pintar diantara agensi awam dan swasta,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, acara penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");