Berita Hari Ini

Penurunan Rating Keselamatan Udara Persepsi Yang Perlu Dibetulkan, Kata Azmin

PENURUNAN rating keselamatan udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah perkara persepsi yang perlu dibetulkan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

“Kebimbangan pihak berkuasa adalah terhadap pengawal selia bukan syarikat penerbangan.

“Tetapi sekarang persepsinya ialah seolah-olah ia akan memberi kesan besar terhadap Malaysia Airlines atau mana-mana syarikat penerbangan yang keluar dari Malaysia,” kata Azmin kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Azmin berkata persepsi itu perlu dibetulkan kerana ia berkaitan dengan pengawal selia penerbangan.

Secara ekonominya, penurunan itu mungkin tidak memberikan impak penting, kerana status quo tetap kekal di mana syarikat penerbangan Malaysia boleh meneruskan perkhidmatan sedia ada ke Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, mereka akan tidak dibenarkan mewujudkan perkhidmatan baharu ke AS.

Pihak berkuasa penerbangan AS memberitahu The Malaysian Insight dalam satu kenyataan semalam, penurunan gred rating itu kerana kegagalan CAAM memenuhi standard keselamatan antarabangsa Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Proses itu adalah penilaian terhadap CAAM dan bukan mana-mana syarikat penerbangan yang beroperasi di dalam atau luar Malaysia.

Dengan rating Kategori 2, syarikat penerbangan Malaysia boleh meneruskan perkhidmatan sedia ada ke AS,” kata kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");