Perak Hari Ini

Perak Negeri Pertama Lebar Sayap Esport Dalam Bidang Antabangsa

IPOH- Kerajaan negeri melalui jawatankuasa belia dan sukan telah melebarkan sayap esport ke arena antarabangsa dengan menandatangani satu usaha sama dengan pengendali sukan esport terbesar di Asia Tenggara.

Exconya, Howard Lee Chuan How berkata, usaha sama tersebut bagi pembangunan esport yang dijangka akan diperkembangkan dan dilancarkan di seluruh rantau Asia bermula di negeri ini.

“Kerajaan negeri dan pihak yang terlibat bercita-cita untuk menjadikan esport sebagai satu sukan yang berada di tangga pertama kepada negeri ini dan Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Namun begitu kata Howard, perkara ini merupakan satu percubaan dari pihak kerajaan negeri di mana ianya tidak pernah diusahakan malahan kejayaannya juga bergantung kepada pasaran di luar sana.

“Segala usaha kerajaan negeri dalam bidang ini sebenarnya mendapat sambutan yang luar biasa, malahan segala usaha adalah hasil dari maklum balas yang diterima oleh pemain industri esport di negeri ini.

“Kita akan menperluaskan sumber nasihat, kepakaran, teladan ke peringkat antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti dalam menjayakan percubaan ini,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri dan pihak Mineski iaitu pengendali sukan esport terbesar di Asia Tenggara, telah menandatangani satu usaha sama bagi pembangunan esport yang dijangka diperkembangkan dan dilancarkan di seluruh rantau Asia.

Memorandum Perjanjian tersebut telah dimeterai di Manila, Filipina pada 1 Ogos 2019 yang mana melibatkan Malaysian Tech Entrepreneur iaitu pelabur sukan serantau.

Berikutan termeterainya perjanjian tersebut, pelan tindakan menyeluruh telah dipersetujui antara kedua-dua pihak untuk mempelopori perkongsian awam dan swasta dalam pembangunan esport di peringkat akar umbi di Perak.

Tambah Howard, antara inisiatif yang dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak melalui perkongsian tersebut melibatkan tiga perkara utama iaitu menjadikannya satu bentuk hiburan, kepentingan kepada pendidikan tinggi dan menjadikan esport sebagai satu gaya hidup.

“Dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak ( Pasak), Agensi Pemuda Perak, bersama-sama dengan Mineski, pihak Rina Neoh dan rakan-rakan pihak ketiga telah merancang untuk menganjurkan satu pertandingan di peringkat zon di pelbagai negeri melibatkan liga peringkat kebangsaan dimana peringkat akhir akan diadakan di Ipoh.

“Dengan kerjasama dengan Inisiatif TVET Perak pula, pihak-pihak sedang berusaha untuk menawarkan kursus-kursus pendek serta membangunkan kemudahan sukan seperti Pusat Permainan, Esports Arena, dan Kem Boot, di mana akan meningkatkan industri pelancongan sukan tempatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");