Berita Hari Ini

PH Perlu 5 Tahun Ubati ‘Penyakit’ Ditinggalkan BN, Kata Dr M

KUKUP: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk mengatasi “penyakit” yang ditinggalkan kerajaan lalu.

Beliau berkata bukan mudah untuk perbaiki kesakitan yang dirasai negara masa ini.

“Seperti juga dengan penyakit yang teruk, tak mudah untuk diubati. Demikian juga dengan negara.

“Banyaklah penyakit yang ditinggal dan kerajaan ini perlu mengatasi, membetulkan dan mengubatkan penyakit ini.

“Tetapi ianya penyakit yang mengambil masa untuk diubati sehingga sembuh,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 2,000 orang yang memenuhi tapak pasar malam Kukup Laut, malam tadi.

Oleh itu, Mahathir berkata jika PH diberi masa yang cukup, selama lima tahun, tentu lebih banyak bekas-bekas penyakit itu dapat dikurangkan atau dipulih semula.

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan PH tidak berjaya, mengatakan parti gabungan itu memerintah selama satu setengah tahun sahaja.

“Keadaan tenteram aman di negara kita ini satu kejayaan yang cukup sukar didapati di negara lain.

“Kita dapat memulihkan kebanyakan daripada penyakit yang ditinggal kepada kita. Kita kekurangan wang, kerana wang itu telah dicuri. Kita sedang berusaha dapatkan balik.”

Selagi tidak dapat balik, katanya, sebahagian cukai dipungut kerajaan terpaksa diguna untuk membayar hutang dan membayar faedah dan sebagainya.

Beliau berkata PH mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dengan cara menentukan agihan kekayaan dibuat secara yang baik lapor FMT.

“Tidak ada jarak terlalu jauh antara miskin dengan yang kaya. Kita perlu kepada yang kaya, tak ada orang kaya, siapa nak bayar cukai.

“Kalau tak ada orang bayar cukai mana nak dapat duit. Macam mana nak tolong orang miskin, jadi orang kaya tak apa, kita bukan nak bagi dia hapus orang kaya, kita nak mereka buat duit secara halal, banyak kita dapat cukai.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");