Perak Hari Ini

PPN Sasar Keuntungan Melebihi RM3 Juta Menjelang Penghujung Tahun

IPOH- Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)Perak menyasarkan keuntungan yang bakal dicapai melebihi RM3 juta menjelang penghujung tahun ini dan tiada sebarang kerugian.

Pengerusinya, Datuk Nazri Ismail berkata, kepimpinan yang sedang mentadbir kini telah menyediakan satu asas yang kukuh kepada kepimpinan baru yang akan mula mentadbir.

“Kita telah menyediakan asas yang kukuh untuk kepimpinan baru pada masa akan datang terutamanya kepada kepada kilang sawit di mana akan ada pulangan yang besar di mana ianya salah satu ikhtiar yang dilakukan.

“Dalam masa yang sama, kita juga membuat ternakan lembu di mana jumlahnya meningkat secara berperingkat iaitu dari 300 ekor kepada 1,000 ekor serta cadangan ternakan ayam sebanyak 200,000 ekor,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPN kali ke-43 di Meru, hari ini.


Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa tidak mahu timbul sebarang isu mengenai kepimpinan lama yang menyebabkan berlaku kerugian tetapi perkara tersebut adaah disebabkan oleh sistem akaun yang digunakan.

“Saya tidak mahu kepimpinan yang akan masuk terus mendakwa pihak mereka yang menghasilkan keuntungan berbanding kepimpinan lama.

“Perkara ini tidak munasabah kerana sakalipun mereka mula memimpin, ia hanyalah dalam tempoh dua bulan selepas Mesyuarat Agung.

“Tidak akan ada tomahan di dalam suasana kerajaan lama atau kerajaan baru kerana kita perlu menjadi profesional dimana asasnya adalah dari segi operasi kepada kilang dan sebagainya,” katanya.


Sementara itu, beliau turut memaklumkan mengenai kedudukan kewangan PPN kepada jemaah ahlinya semasa menyampaikan ucapan pada majlis yang sama.

Katanya, mereka baru sahaja memulakan kilang sawit tetapi pada tahun pertama mengalami kerugian tetapi kini sudah mencapai keuntungan menjelang September lalu.

“Oleh kerana dividen 30 peratus dari Nafas tidak diambil kira di mana sepatutnya mendapat dividen sebanyak 2.5 Juta tetapi tidak dicapai pada tahun 2018

“Dengan keseluruhan faktor tersebut, kita mendapati bahawa kerugian PPN hampir kepada 4.9 juta tetapi jika dividen di ambil kira, ianya terkecuali dan mengikut cara pengiraan kedua, kerugian hanya boleh mencapai sebanyak RM300,000 sahaja.

“Tetapi sehingga september 2019, PPN telah mendapat keuntungan sebanyak RM2.8 juta di mana menunjukkan kerugian lalu hanyalah dari segi teknikal sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");