Berita Hari Ini

PRK Tanjung Piai Bermula

PRK Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak PRU ke-14 tahun lepas.

Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala BN pula akan mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai ‘ayam tambatan’ mereka.

Selain dua parti ini, turut dijangka mengetengahkan calonnya adalah Gerakan, bekas parti komponen BN, yang telah mengumumkan keluar parti sejurus kekalahan BN pada PRU ke-14.

Calon pilihan Gerakan ialah seorang peguam dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Wendy Subramaniam, 38 tahun.

Di samping tiga parti itu, PRK kali ini juga nampaknya menarik kerana Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) juga sudah mengesahkan semalam untuk meletakkan calon iaitu presidennya sendiri, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Turut dijangka bertanding adalah seorang calon Bebas yang mewakili Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) Shamsubahrin Ismail.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Tahir kira-kira 11 pagi.

Sehingga semalam, sebanyak 27 set borang pencalonan telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada parti-parti utama dan individu.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Pada PRU ke-14 Mei tahun lepas, Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.

Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");