Perak Hari Ini

PRK Tanjung Piai, Ini Keputusan Rakyat- TPM

IPOH- “Ini adalah keputusan rakyat, kita terima,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kemenangan Barisan Nasional merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan.

Katanya, kerajaan menghormati pilihan pengundi dan akur terhadap keputusan tersebut.

“We Respect the choice of votes and we accept.

“Kalau ada terlebih atau terkurang kita akan cuba perbaiki dan kalau ini adalah keputusan dari rakyat, kita terima,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, hari ini.

Barisan Nasional telah berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan dengan majoriti besar iaitu lebih 14,000 undi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi, menewaskan PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Ini adalah kemenangan keempat BN daripada sembilan PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu di mana BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih dan Rantau.

Sementara itu, sambutan Rumah Terbuka Deepavali ini merupakan acara peringkat nasional yang diadakan pada setiap tahun bagi meraikan perayaan utama yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");