Berita Hari Ini

Satu Dua ‘ngok ngek’ Dalam PKR Sudah Tak Relevan – Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim memberitahu anggota parti itu agar mengabaikan segeintir pihak dalam parti itu yang disifatkan sudah tidak relevan.

Berucap pada Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan hari ini, Anwar berkata parti itu sebaliknya perlu menumpukan kepada agenda rakyat.

“Tumpu kepada agenda rakyat, satu dua ni ngok-ngek ngok-ngek ni biarlah, not relevant,” katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, beliau dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

Menyentuh konvensyen di empat negeri di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan yang dihadirinya, Anwar merumuskan beliau mendapat 90 peratus sokongan akar umbi.

“Di Johor semalam semua cabang hadir, saya ke Pulau Pinang, Sabah, sambutan baik.

“Mana boleh (Sokongan) 100 percent, you ketua cabang, you pun tak 100 percent sokong, samalah saya presiden,” katanya diiringi tepukan.

“Adakah ini satu masalah? Kamu ada 90 peratus sokongan (ahli akar umbi) parti dan pimpinan. Jadi sebab itu saya nak minta 90 percent tetapkan suara rakyat, suara Keadilan (PKR),” katanya.

Tanpa menyebutkan nama, Anwar juga mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak lupa bahawa mereka dikenali dalam politik disebabkan PKR.

Pada sidang media kemudiannya, Anwar menjelaskan bahawa beliau hanya membuat peringatan itu secara umum kepada semua pemimpin parti.

“Itu peringatan, saya sendiri jadi presiden kerana dukungan ahli, bila saya pimpin kena fikir. Satu peringatan umum yang perlu difahami oleh semua pemimpin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");