Membawang Hari Ini

“Saya Tidak Akan Maafkan Keluarga Pihak Sana”

Beberapa bulan lalu kecoh apabila Syafie Naswip dan Aishah Azman putus tunang. Lebih menjadi perhatian apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah dan bekas tunangnya itu bertindak membuat laporan polis.

Susulan kontroversi itu, Instagram Syafie diserang dan dikecam teruk oleh netizen. Terbaru, menerusi Insta Story, Syafie memberitahu dia tidak akan memaafkan pihak yang memfitnah dirinya serta netizen yang melemparkan kata-kata kesat.

“Untuk sesiapa yang tanya adakah saya akan maafkan keluarga belah sana dan netizen yang melemparkan perkataan kesat terhadap saya, Jawapannya tidak.

“Semoga kamu-kamu yang mengeluarkan segala cacian dan fitnah terhadap saya dan keluarga tidak akan aman kehidupannya. Itu janji saya.,” tulisnya.

Minggu lalu, pihak pendakwa raya membuat keputusan mengenai kes tersebut dimana Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan sekaligus membuktikan Syafie tidak bersalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");