Membawang Hari Ini

“Sebaiknya Zul, Intan Bernikah Sahaja” – Pu Syed

Nampaknya foto mesra antara Zul Ariffin dan Intan Najuwa sedang bermandi-manda masih lagi menjadi bualan ramai. Lebih panas, apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Foto tular itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang menegur tindakan kedua pelakon itu bertentangan dengan syarak dan mencadangkan supaya kedua-dua pelakon itu berkahwin sahaja.

“Sebaiknya, kalian bernikah sahaja dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram.

“Apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan ingin masuk ke syurga namun kita lakukan sebaliknya seolah-olah teringin ke neraka.

“Adakah terlalu murah perintah Allah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya?” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti bagi membendung gaya hidup negatif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");