Perak Hari Ini

Sebarang Rombakan Kabinet Serah Kepada Tun M- Salahuddin

IPOH- Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia menyerahkan sepenuhnya sebarang cadangan mengenai rombakan kabinet kepada Tun Dr Mahathir Mohammed yang bertindak sebagai ketua negara.

Katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bagi menilai prestasi menteri-menteri yang telah memegang jawatan masing-masing selama tempoh pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang paling layak hanyalah Perdana Menteri.

“Setelah adanya ura-ura yang mengatakan bahawa akan ada rombakan kebinet, saya menyerahkan sepenuhnya kepada Tun M untuk menilai kerana beliaulah merupakan satu-satu faktor yang menentukan sama ada berlakunya rombakan ataupun tidak.

“Tiada seorang pun dalam kalangan kami yang boleh mendakwa bahawa siapa yang paling bagus ataupun sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Kali Ke-4 Parti Amanah Negara, Negeri Perak 2019 di Hotel Impiana, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau bersama menteri-menteri lain telah menjalankan amanah sebaik mangkin dalam mentadbir negara sepanjang satu tahun setengan ini.

“Setelah diberikan amanah memegang jawatan ini, saya sendiri serta rakan-rakan amanah telah cuba membuat yang terbaik.

“Satu tahun setengah kita telah bekerja bersungguh-sungguh, kita belajar dari kesilapan dan kita telah berjaya membuktikan bahawa kita berjaya menggalas amanah ini,” katanya.

Bagaimanapun, isu rombakan Kabinet mula menjadi tumpuan susulan pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama ahli parlimen Barisan Nasional di kediamannya di Putrajaya.

Sementara itu, isu sama juga membabitkan portfolio yang membangkitkan kemarahan rakyat melibatkan beberapa faktor seperti keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, soal pengagihan zakat kepada golongan pondan, kereta terbang serta prestasi keseluruhan menteri Kabinet turut diambil kira.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");