Perak Hari Ini
Like

Sistem e-Docket Mampu Lancarkan Proses PTG Perak

November 27, 2019
392 Views
0 Comments
1 minute read
Sistem e-Docket Mampu Lancarkan Proses PTG Perak

Petaling Jaya: Dalam usaha untuk meningkatkan sistem operasi dikalangan jabatan-jabatan kerajaan negeri, satu initiatif telah dihasilkan melalui kerjasama antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Satu perjanjian mengenai Sistem e-Docket untuk sistem operasi kuari yang lebih cekap telah ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif, Anuar Zainal Abidin dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak, Datuk Rumaizi Baharin Md Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Anuar Zainal ketika ditemui memberitahu, Sistem e-Docket yang mempunyai sistem data dengan Kod QR antara lain mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Malah katanya, sistem berkenaan juga bakal memberi manfaat bagi operasi di tapak kuari dari segi operasi dan pengurusan selain memudahkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan.

“Buat masa ini, kesemua 60 kuari daripada 64 kuari telah menggunakan Sistem e-Docket ini semenjak 2017 lagi, dan kita dapati ia jelas telah memudahkan kedua-dua pihak sama ada PTG mahupun syarikat kuari.

“Menjadi hasrat kita untuk menghasilkan initiatif yang boleh moden namun dalam masa yang sama memberi manfaat kepada pihak yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, pihak PTG pula menyifatkan pengenalan sistem baru secara elektronik dilihat mampu meningkatkan intergriti jabatan itu.

Malah menurut Rumaizi Baharin, menerusi sistem berkenaan ia sekaligus dapat mengurangkan masalah ketirisan dari segi proses kelulusan kuari antara syarikat dan kerajaan negeri.

 

Komen & Pendapat

Comments are closed.