Berita Hari Ini

SPR Perlu Tolak Permintaan Polis, Kata Bersih

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) harus menolak syarat ditetapkan oleh polis yang memerlukan permit untuk berkempen dari rumah ke rumah oleh calon pilihan raya, kata Bersih 2.0.

SPR berkata syarat yang ditetapkan polis tidak berdasarkan undang-undang dan melanggar kebebasan calon untuk berkempen.

“Tidak ada sekatan dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

“SPR sebagai badan tertinggi untuk pengurusan pilihan raya harus menolaknya,” kata jawatankuasa Bersih dalam satu kenyataan.

Mereka berkata polis tidak boleh melampaui skop ditetapkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana permit polis hanya diperlukan sekiranya calon menganjurkan mesyuarat, perhimpunan atau sekiranya ucapan atau syarahan terlibat.

Bersih berkata, kempen pintu ke pintu tidak dilindungi di bawah syarat ini dan tempoh kempen yang singkat menyebabkan ia tidak munasabah serta tidak adil bagi calon untuk menunggu kelulusan permit.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun semalam mengumumkan keperluan perlesenan baharu yang ditetapkan oleh polis untuk calon PRK Tanjung Piai di Johor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");