Perak Hari Ini

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2019

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat menyertai acara Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2019 di Dataran Pavillion di sini, pagi tadi.

Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Datuk Seri Nazira Safya.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Azman Abu Seman, serta barisan EXCO kerajaan negeri.

Acara larian yang dianjurkan bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-63 yang disambut 1 November lalu itu, menyaksikan penyertaan hampir 8,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sekitar jam 6.56 pagi, Sultan Nazrin berkenan melakukan pelepasan peserta larian membabitkan kategori 15 kilometer (km) yang disertai 4,500 peserta, 2,500 peserta bagi 10km dan 350 peserta bagi kategori 6.5km.

Pada masa sama, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah turut berkenan menyertai acara larian bagi kategori 6.5km

Sementara itu, Sultan Perak dan Raja Permaisuri serta kemudianya berkenan menyertai acara larian bagi kategori tetamu kehormat (VVIP) yang membabitkan jarak 2km serta diiringi tetamu kehormat yang lain.

Acara pelepasan kategori yang disertai 300 orang itu disempurnakan adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Usai acara penyerahan hadiah, Sultan Perak kemudian berkenan meraikan pasukan Perak
Bison yang berjaya menjuarai Saingan Liga Premier Sepak Takraw (STL) 2019 serta Pasukan Malaysia yang muncul juara edisi pertama Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara, masing-masing pada awal bulan ini.

Piala bagi kedua-dua kejohanan tersebut turut dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");