Berita Hari Ini

Sultan Selangor Perkenan Kampung Baru Dibangunkan

SHAH ALAM – Cadangan supaya Kampung Baru dibangunkan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Sinar Harian yang memetik laman sosial Facebook Selangor Royal Office, baginda memberi perkenan Kampung Baru dibangunkan semula seiring dengan kemajuan pesat bandar raya Kuala Lumpur untuk kekal relevan.

“Namun baginda turut menekankan kepentingan susur galur sejarah Kampung Baru dipelihara, termasuk memulihara struktur bangunan ikonik dan mengekalkan nilai-nilai asal kawasan berkenaan,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Turut menghadap adalah wakil dari Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Pertemuan itu bagi menyembahkan pelan pembangunan semula Kampung Baru dan isu semasa yang berkaitan dengannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");