Membawang Hari Ini
Like

Sumber Istana Dakwa 2 Kali Rihana Oksana Tolak Ujian DNA

November 28, 2019
276 Views
0 Comments
2 minutes read
Sumber Istana Dakwa 2 Kali Rihana Oksana Tolak Ujian DNA

Awal November lalu, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana mengotakan janjinya dengan memuat naik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya selepas hampir lima bulan berahsia.

Sebelum ini, sumber didakwa daripada Istana Kelantan menafikan bahawa wajah Tengku Leon seiras dengan Sultan Muhammad V. Sumber itu juga memberitahu iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut.

Terbaru, sumber Istana memberitahu Daily Mail UK melaporkan bahawa Rihana enggan melakukan ujian DNA seperti yang dikhendaki Sultan Muhammad V dan bukan sebaliknya.

Sumber itu mendakwa, dua kali Rihana menolak untuk menjalankan ujian DNA sekaligus membuatkan peguam Sultan Kelantan mempersoalkan bapa kepada bayi tersebut.

“Mungkin Rihana ragu-ragu siapa bapa kandung bayi itu, sebab itu dia tunggu bagaimana rupanya sebelum membuat ujian DNA. Penolakan Rihana menyebabkan keraguan di pihak Sultan,” kata sumber Istana.

Bagaimanapun, Rihana menolak dakwaan sumber Istana itu serta menunjukkan bukti kepada Daily Mail, dimana selepas seminggu Ismail Leon dilahirkan, dia ada menghantar mesej peribadi berserta gambar bayi kepada Sultan Kelantan melalui emel bertarikh 28 Mei.

“Ini beberapa gambar Leon, menyerupai kamu. Tetapi, kalau kamu masih ragu-ragu saya bersedia untuk buat ujian DNA.

“Anak lelaki kita lahir pada bulan Ramadan, jadi saya maafkan kamu dan berterima kasih kerana memberikan Leon dalam hidup saya. Saya tak tahu kenapa kamu tiba-tiba berubah, tapi jika saya ada buat salah mohon maafkan saya

“Demi bayi kita, jangan hantar peguam untuk berunding, saya bukan musuh,” tulisnya.

Terdahulu,  sumber yang didakwa dari Istana itumemberitahu Baginda merasakan perkahwian dengan Rihana adalah satu kesilapan besar. Malah, sumber mengatakan dakwaan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan adalah cerita karut.

Komen & Pendapat

Comments are closed.