Perak Hari Ini

Tawar Harga Tapak Rumah Perakku RM10 Ribu Hingga RM30 Ribu Kepada Golongan Belia

IPOH- Kerajaan negeri menjangkakan penawaran harga bagi rumah Perakku antara RM10,000 sehingga RM30,000 khusus buat golongan belia di mana harga satu lot bergantung kepada keadaan tapak.

Pegerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, lot rumah Perakku ini merupakan satu pembangunan lot tanah rumah sesebuah yang lengkap dengan infra seperti jalan, longkang, paip air dan sambungan elektrik.

“Pihak Kerajaan Negeri melalui LPHP sedang merangka program pembangunan lot rumah Perakku yang dahulunya dikenali sebagai Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di seluruh negeri Perak supaya boleh memberi tapak untuk membina sebuah
rumah yang boleh menampung keluarga kecil.

“Satu lot rumah Perakku dijangka akan ditawarkan dengan harga antara RM10,000.00 sehingga RM30,000.00 bagi satu lot bergantung kepada keadaan tapak dan jenis jalan serta
longkang yang disediakan dimana harga yang ditawarkan tersebut adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya mengenai pemberian tapak untuk membina sebuah rumah kepada golongan belia.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Bersatu- Sungai Manik) dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak sebagai Agensi Kerajaan Negeri yang berfungsi sebagai penyelaras, pengawal selia dan mengintegrasi pembangunan sektor perumahan akan berusaha untuk bekerjasama dengan semua agensi kerajaan negeri dan juga swasta di dalam membangunkan perumahan mesra milik di Negeri Perak khasnya kepada golongan belia.

“Kerajaan juga masih meneruskan dasar yang baik dari kerajaan terdahulu untuk pembangunan perumahan bagi LPHP mengambil kira kuota 5% kepada golongan belia dan boleh menimbangkan untuk golongan belia diberi tapak-tapak lot rumah Perakku berkenaan.

“Malahan, kerajaan negeri melalui LPHP juga sedang mengenal pasti dan mendapatkan tanah yang berdaya maju dan mempunyai daya ekonomi (economic of scale) untuk dibangunkan rumah kos rendah dan mampu milik secara silang subsidi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");