Sukan Hari Ini

‘Terima Kasih Perak’

DUA tahun detik terindah namun disebabkan tidak mendapat kata sepakat antara pemain dan pengurusan, tonggak skuad Bos Gaurus Brendan Gan akhirnya mengumumkan tidak lagi bersama pasukan terbabit untuk saingan Liga Super musim depan.

Menurut Harian Metro, perkara diumumkan menerusi laman Facebook rasmi pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu mengakui cukup perit terpaksa meninggalkan Perak selepas dua tahun menabur bakti termasuk menjulang Piala Malaysia pada 2018.

Brendan berkata, banyak kenangan manis bersama Bos Gaurus yang dianggap seperti keluarga sendiri yang sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain.

Katanya, keputusan yang cukup berat untuk diambil itu terpaksa dilakukan demi mengembangkan lagi karier bola sepaknya pada masa akan datang.

“Paling penting adalah kepada penyokong skuad Bos Gaurus yang menjadi antara sebab saya memberikan komitmen tinggi setiap kali perlawanan dengan sokongan padu itu memberi inspirasi menjadi antara pemain terbaik.

“Kepada jurulatih Mehmed Durakovic, terima kasih kerana sentiasa menyokong ketika jatuh bangun saya dalam bola sepak dan diharapkan dapat bekerjasama pada masa akan datang.

“Bola sepak adalah segalanya untuk saya dan sukan terbabit turut berkaitan dengan perniagaan namun ia memori yang tidak akan padam.

Mungkin satu hari nanti saya akan kembali ke Perak,” katanya, hari ini.

Desas-desus bertiup kencang mendakwa pemain itu sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi kemunculan bersama skuad Gergasi Merah itu musim depan.

Menurut pemain terbabit, perbincangan serius sememangnya ada tetapi dia masih memerlukan masa sebelum membuat keputusan sebenar bagi menentukan hala tujunya musim depan.

Brendan cemerlang ketika membantu skuad Malaysia melakar kemenangan ke (atas) Thailand dan Indonesia dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 namun enggan terburu-buru dalam memberikan sebarang jawapan.

Selain Selangor, terdapat beberapa pasukan lain juga serius mahu mendapatkan khidmat pemain berumur 31 tahun itu demi memperkuatkan pasukan musim depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");