Berita Hari Ini

Timbalan Menteri Tak Kritikal!

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir tidak kritikal seperti mana yang tular di media sosial, sebaliknya beliau sudah stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung AMANAH yang kini memangku tugas Setiausaha Agung, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, khabar angin kononnya Mohd Anuar kini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

“Beliau menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan sepanjang rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali gus menggambarkan tahap kesihatan yang memuaskan.

“Doktor yang bertugas merawat beliau turut mengesahkan bahawa tiada pembedahan yang akan dijalankan sebagaimana berita yang tular di media sosial, ” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Jelas Abang Ahmad Kerdee lagi, Ahli Parlimen Temerloh itu juga sudah mula menjalani rawatan fisioterapi.

Justeru katanya, AMANAH berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Mohd Anuar supaya dapat kembali berkhidmat.

Mohd Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman, HKL, sejak bulan lalu akibat strok.

Media sebelum ini melaporkan beliau dikejarkan ke hospital selepas pengsan memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");