Berita Hari Ini

‘Tolong Maafkan Kami’ – MABA Mohon Maaf Insiden Bendera Malaysia Lima Bintang

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association atau MABA) hari ini memohon maaf atas kesalahan yang terpapar di bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28, malam tadi.

Dalam pautan Facebook, MABA menzahirkan permohonan maaf selepas imej yang memaparkan bendera Malaysia mempunyai lima bintang dalam paparan visual di sebuah stadium pada Isnin.

MABA berkata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab. 

“Tolong maafkan kami, kami senantiasa mencuba sedaya upaya untuk membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia,” menurut MABA dalam kenyataan ringkas berkenaan.

FB MABA

Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.

Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana dipercayai tidak peka dengan sensitiviti.

Kejohanan Bola Keranjang ini berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");