Perak Hari Ini

Tuanku Zara Berkenan Berangkat Ke Program PSPA, Hari Tanpa Kenderaan Ipoh

IPOH – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke program Karnival Ekstravaganza Percutian Persatuan Seni Pentas Perak (PSPA) 2019 dan Hari Tanpa Kenderaan Ipoh anjuran Majlus Bandaraya Ipoh (MBI) di Jalan Raja Di Hilir, pada Ahad.

Keberangkatan tiba Tuanku Zara pada jam 8 pagi diiringi isteri Menteri Besar Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Menurut Bernama, pada program itu, Raja Permaisuri Perak turut berkenan berjalan kaki sejauh 3.4 kilometer melihat pameran-pameran yang disediakan selain beramah mesra dengan pengunjung.

Baginda turut meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian daripada ahli-ahli PSPA sebelum menyaksikan Dr Nomee Ashikin melepaskan belon sebagai tanda kejayaan projek ‘One Million Stars To End Violence’ di Malaysia.

Sejurus selepas itu, Tuanku Zara berkenan bersantap pagi di kediaman Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, di sini.

Selain pameran, program sempena cuti sekolah yang diadakan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 10 pagi itu turut menampilkan persembahan tarian, muzik dan nyanyian daripada ahli-ahli PSPA.

Antara organisasi dan agensi yang terlibat pada program tersebut adalah termasuk Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA), Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Perpustakaan Tun Razak, KPJ Hospital, Akademi Hoki Raja Ashman Shah (AHF) dan banyak lagi.

Pada program sama, ia turut diadakan acara Ipoh Colour Run yang disertai 1,480 peserta dan acara pelepasan disempurnakan Datuk Bandar Ipoh

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");